CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 6, 2009

haha...cerpen!!



MAAFKAN SUFI…..

Telah ku siapkan,

satu daerah paling sunyi ,

dalam hati ini untuk kau isi ,sebagai isteri.

Untuk kau penuhi dengan kemulian seorang wanita ,

untuk kau mengerti dengan kelembutan,

untuk kau hargai dengan kasih sayang.

Ku ingin kau jadi wanita mulia yang tahu harga budi dan hati

, seorang lelaki bernama suami,

kerana engkau isteri ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan kerana engkau isteriku.

“Rifhan , Sufi minta maaf..Sufi tak dapat penuhi hasrat Rif. Maafkan Sufi.” Desis hati Sufi sambil melihat gambar Rifhan. Biarpun kenanganya dengan Rifhan sudah lama berlalu, tetapi Sufi masih teringat lagi sewaktu Rifhan melamarnya untuk menjadi pemaisuri dalam hidup Rifhan. Masih terngiang-ngiang lagi suara Rifhan menyanyikan lagu Permata Untuk Isteri.

“Sufi, Rif betul-betul sayangkan Sufi”. Rifhan merenung wajah milik Sufi yang baginya begitu indah. Sufiah Qistina,gadis yang Berjaya mencuri hati Rifhan sejak pertama kali bertemu di kampungnya. Rifhan tak sangka kepulanganya ke kampung telah menarik hatinya untuk mengenali gadis bermata sepet .

‘Sufi, Ingat lagi tak masa kita mula-mula jumpa?’ Rif cuba mengimbas kembali kenangan dulu..

‘Oh!!mesti ar teringat. Ada lelaki tu datang rumah saya nak minta buah mempelam tapi entah kenapa tiba-tiba ternampak saya keluar terus lari macam dikejar anjing,kelakar betul. Siapa ek lelaki yang sengal tu?’ Sufi tersenyum sambil melihat Rif. Wajah Rif berubah merah menahan malu.

‘Awak ni!! Siapa lagi orang tu kalau bukan Mohd Rifhan..hehe, ,masa tu saya ternampak awak tengah bawa parang, tu yang buat saya lari sebab saya ingat awak nak kejar saya dengan parang!! Harap jer muka cantik tapi bawa parang macam orang gila.’ Kali ni tiba giliran untuk Rifhan mengusik sufi.

‘Awak!!!!eee…suka sangat cakap macam tu, saya tahu lah saya ni garang. Kalau awak nak perempuan yang lemah lembut awak cari lah orang lain!’ sekarang tiba masa Sufi merajuk. Rifhan hanya tersenyum-senyum melihat gelagat Sufi kerana gelagat dan sifat sufi yang garang tu lah yang membuatkan Rifhan tertarik dengan Sufi yang dibaratkan seperti jinak-jinak burung merpati.

‘Awak,janganlah merajuk. Macam muka nenek ja!!!’ Sengaja Rifhan mengusik Sufiah. Sufiah hanya mendiamkan diri. ‘Sufi…eemm…saya tahu macam mana nak pujuk awk.kejap ek,saya nak ke seberang sana nak beli aiskrim kegemaran awak.tunggu tau!!’Sufiah hanya melihat Rifhan melintas.

‘Rifhan!!!!!’ Sufiah belari kearah Rifhan. Rifhan terkejut dengan tindakan Sufiah yang menolak Rifhan ke tepi sambil melihat badan sufiah yang terlambung ke seberang jalan. Saat itu Rifhan tergamam melihat keadaan Sufiah yang tidak sedarkan diri diselimuti darah.

‘Sufiah..saya sayangkan awak. Maafkan saya, kalau saya tahu semuanya akan jadi sebegini saya takkan buat awak merajuk dengan saya..Sufiah…sufiah…’Rifhan menangis melihat keadaan Sufiah yang sudah tiga bulan koma. Rifhan memegang erat jari jemari Sufiah.Rifhan tak mahu kehilangan Sufiah. Sufiahlah permata hidupnya.

“Rif, dah lewat ni. Nanti terlewat pergi kerja.”ibu Sufiah merenung rifhan. Sememangnya Rifhan begitu menyayangi anaknya . setiap hari Rifhan akan datang melawat Sufiah. Rifhan hanya mengukir senyuman pada ibu fatimah.

Jari jemari Sufiah bergerak. Bebola mata rifhan tertumpu pada jari jemari sufiah.

Ibu Fati!!!Sufiah dah sedar!!!! Rifhan bersuara. Saat penantian mereka berdua untuk melihat Sufiah sedar menjadi nyata. Berbunga riang hati Rifhan.

‘Dah besar anak ibu.’ Fatimah melihat anaknya yang memakai pakaian pengantin. Baginya Sufiah satu-satunya harta yang ditingalkan oleh arwah suaminya. Sufiah lah satu-satunya pengubat rindu dan dukanya.

Ibu ,sufiah sayang ibu. Walaupun sufiah bakal jadi isteri Rifhan, ibu tetap orang pertama paling fie sayang ibu. Sufi memeluk erat ibunya..dia memahami perasaan ibunya.sebentar lagi dia bakal diijabkabulkan. Itulah saat paling manis yang Sufi harapkan dengan percintaan mereka menjadi pemaisuri hidup Rifhan. Sufiah meleraikan pelukkanya apabila kedengaran lagu Tanpa berbunyi dari telefon bimbitnya. Terpapar di skrin nombor abah rifhan.

‘Assalamualaikum abi,’belum sempat Sufiah berkata Sufiah terasa dirinya seolah-olah gelap bila mendengar Rifhan dan ummi Rifhan meninggal dunia dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke masjid di rumah Sufi.

Sudah suratan takdir. Rifhan dan Umminya pergi meningalkan Sufiah..Sufiah redha dengan kehendak ilahi, tetapi kenangan percintaan mereka tetap bersemadi dalam ingatan sufiah.

‘Maafkan Sufiah,Rifhan.Sufiah tak dapat memenuhi hasrat Rifhan.’ Desis hati Sufiah sendiri.baginya tiada lagi cinta adam dalam hatinya.

Resah yang kuubat dalam kata

Melukiskan kesunyian..

Tanpa engkau aku ta mengerti..

Meski..

Pagi iti menatapi..

Akan sunyi tanpamu..

Menemani aku sepi…

Tanpa cintamu aku resah..

Tanpa kasihmu aku hampa..

Tanpa dirimu aku mati…

Kini benar-benar ku rasakan

Dalam relung hatiku..

Aku tak mengerti…

Takut..jauh darimu dan kau tinggalkan aku sendiri

Tanpamu ku mati…

0 comments: